Amalan Pendinding Dari Rosululloh SAW Amalan Pendinding Dari Rosululloh SAW - Rawatan Dalam Islam

Amalan Pendinding Dari Rosululloh SAW

Selamat datnag lagi di blog rawatan dalam islam yang mana isinya pasti anda suka, kali ini kita bahas amalan pendinding ampuh dan pengerun. Jika kita mau mengamalkan yang di berikan Rasululloh maka akan sangat besar manfaatnya seperti yang dilakukan sahabat nabi jaman dulu.

1. Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

Bertanya Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah s.a.w., ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

2. Zikir Harian

Banyak zikir-zikir diajarkan bukan sama rata. Orang-orang tertentu, ada zikir-zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka. Setelah itu, barulah para sahabat tersebut berkongsi sesama mereka, apa yang diajarkan kepada setiap daripada mereka. Contoh zikir-zikir yang diajarkan secara khusus kepada sahabat-sahabat tertentu:

Kepada Anas bin Malik r.a dan Mu`az ibn Jabal r.a

اَللَّهُمَّ اَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksud doa: "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."

Jadi, dengan ini tertolaklah amalan penggerun yang meragukan, khadam jin penggerun, minyak penggerun, barang mistik berkhadam untuk tujuan penggerun dan lain-lain lagi.

Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding
 Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.

Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.

Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.

Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.

Sebagai umatnya kita wajib mengikuti semua ajaran dari junjungan kita, termasuk dalam amalan , pendinding ampuh diciptakan untuk bentengi diri baik dari gangguan jin setan dan mahkluk lainnya.
baca juga tanda tanda kamu di sihir
Artikel Terkait