Amalan Pendinding Yang Ampuh Amalan Pendinding Yang Ampuh - Rawatan Dalam Islam

Amalan Pendinding Yang Ampuh

Ilmu ini bersumber dari hadist dan sumber lain yang islami agar pendinding ini bisa ampuh melindungi yang punya.Rasulullah banyak menasihati Anas bin Malik sampai memenuhi hati dan otaknya. Di antara nasihat-nasihatnya adalah:

يا بُنيَّ إن قدرت أن تُصبح وتُمسي وليس في قلبك غش لأحد فافعل

“Wahai anakku jika engkau mampu setiap pagi dan petang hatimu bersih dari perasaan dengki kepada orang lain maka lakukanlah.”

يا بُنيَّ إنَّ ذلك من سُنتي ، ومن أحيا سُنتي فقد أحَبَّني .ومن أحَبَّني كان معي في الجنة

“Wahai anakku sesungguhnya hal itu adalah sunnahku, barang siapa menghidupkan sunnahku maka mencintaiku, barangsiapa mencintaiku akan bersamaku di syurga.”

يا بُني إذا دخلت على أهلك فسلم يكن بركَةً عليك وعلى أهل بيتك

“Wahai anakku jika engkau menemui keluargamu maka berilah salam nescaya akan menjadi keberkahan bagimu dan bagi keluargamu.”

AYAT TUJUH

Kafiat tujuh ayat didalam Quran adalah salah satu pendinding yang paling afdal lagi ampuh, bahkan ianya adalah ayat digunakan apabila bertempur dengan Kafirin oleh pejuang2 Islam/Melayu dizaman jajahan penjajah Inggeris. Dipercayai, ayat ini adalah warisan Tok Janggut, Mat Kilau , Dato Bahaman yang mendapatkannya dari Tokku Paloh.

1- Ayat 51 Surah Taubah
2-Ayat 107 Surah Yunus
3-Ayat 6 Surah Hud
4-Ayat 56 Surah Hud
5- Ayat 60 Surah Ankabut
6-Ayat 2 Surah Fatir
7-Ayat 38 Surah Azzumar

Semua ayat2 diatas diwiridkan selepas Solat Subuh dan Solat Margrib. Menurut yang menurunkan ilmu ini, jika kita sekalipun dikepung musuh keliling, dengan Izin NYA, kita pasti akan terlepas juga dengan kepungan ini, sama seperti Ayat Yasin...Wajaalna...............

Baca juga Tanda tanda gangguan Jin dalam rumah


A) Kegunaannya, jika berhadapan dengan musuh/penjahat bersenjata tajam atau senjata api, bacakan ayat2 ini, dihembuskan kemuka dan dihentak tumid dengan kuat kebumi (Pasung bumi), maka jika musuh/penjahat sedang menyerang, maka dia akan kaku berdiri selagi tidak diangkat tumid kita, ataupun jika penjahat menembak, senjata tidak akan meletup.

Ada juga dikalangan mereka yang menggunkan ini, jika musuh sudah kaku, jika dipegang senjata tajam seperti parang/pisau contohnya, maka senjata itu akan patah dan terlepas dari tangan penjahat/musuh.

B) Diamalkan 40  hari berturut2 sebanyak 7 kali selepas Solat Lima Waktu, maka dia akan mendapat kekuatan kebatinan. Mereka yang pernah mengamalkan lebih maklum dengan Ayat 7 ini terutama yang mengamalkan Silat Kebatinan.

C)Dibacakan kepada mangsa hysteria/kerasukan dan dihembus kemuka , dan lebih baik dibacakan bersama sama dengan Surah Al An’am ayat 1 hingga 3, menurut pengalaman saya, sebelum saya sampai untuk mengubat mangsa kerasukan, selalunya mangsa sudah didapati pulih sedia kala, maka kerja lebih mudah, Cuma kita pasangkan pendinding kepada mangsa2 ini, terutamanya dari kaum Wanita. Begitu juga kepada yang selalu ‘Naik Syeh’ , kita bacakan ayat2 ini, dan ditepuk kebelakang tengkuk, maka jika sudah kembali normal, maka dibacakan ayat 7 ini bersama2 Ayatul Qursi , dikunci tujuh anggota sendi supaya ’syeh’nya tidak dapat masuk balik. Perkara ini selalu berlaku kepada anak2 murid yang suka mengamalkan Silat Kebatinan tanpa pengawasan Guru atau murid lama yang sudah mahir.

D) Untuk melepaskan diri daripada kesusahan seperti buatan orang atau permainan orang yang mendengki (percubaan orang untuk menguji Kebatinan kita) , maka hendaklah dibaca 7 hari berturut2 ketika tengahari 7 kali, ketika tengahmalam 7 kali. Berhati2 supaya waktu untuk melakukannya jangan mengikut waktu jam kerana mungkin bersalahan, maka hendaklah melihat matahari betul2 diatas kepala. Begitu juga jika mahukan perbuatan musuh berbalik kepada mereka, maka amalannya ialah membaca 7 kali apabila matahari terbenam selama 7 hari berturut2 , jika masih lagi ada gangguan, diamalkan 7 hari, 21 hari, 40 hari....Insyallah, selalunya tidak sampai 40 hari, musuh akan mengalah, boleh juga ditambah dengan ayat ini

Baca juga Mengenali syirik dan jenisnya di jaman modern

Dua Amalan Pendinding dan Penggerun Anas bin Malik ra
sanad: Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus
Kisah di mana Anas bin Malik akan dipancung oleh pembesar yang zalim akhirnya terbatal hasrat kerana mereka melihat di belakang Anas bin Malik terdapat seekor harimau yang seolah-olah ingin menerkam. Lalu mereka bertanya, apakah amalan kau wahai Anas, lalu Anas menjawab "Amalan ini diberikan oleh Rasullullah kepadaku dan aku tidak akan mengajarnya sehingga engkau mati."
1. Ayat Kursi
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia. "
Bertanya Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah saw, "Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
2. Zikir Harian


Baca juga Menolak gangguan jin setan dan sihir ampuh
Banyak zikir-zikir diajarkan bukan sama rata. Orang-orang tertentu, ada zikir-zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada mereka. Selepas itu, barulah para sahabat tersebut berkongsi sesama mereka, apa yang diajar kepada setiap daripada mereka. Contoh zikir-zikir yang diajarkan secara khusus kepada sahabat-sahabat tertentu:
Kepada Anas bin Malik r.a dan Mu`az ibn Jabal r.a
اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Maksud doa: "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."
Jadi, dengan ini tertolaklah amalan penggerun yang meragukan, khadam jin penggerun, minyak penggerun, barang mistik berkhadam untuk tujuan penggerun dan lain-lain lagi.
Bonus: 4 AMALAN KEREZEKIAN
1. Solat Dhuha


Baca juga Tanda kita sedang di sihir
Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda:
"Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya."
Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
"Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuda dua rakaat. "(Ahmad Muslim dan Abu Daud)

Baca jugaHikmah dan makna sakit dalam islam
Artikel Terkait