TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH - Rawatan Dalam Islam

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Orang yg beriman hendaklah menyakini bahawa kuasa Allah SWT mengatasi segala galanya baik yg ada di langit mahupun yg ada di bumi. Dan bahawa interaksi dgn ayat2 Allah itu sebesar besar penawar.

Oleh itu mereka tidak perlu berubat dgn cara2 yg memudaratkan akidah seseorang seperti dgn berlindung dgn jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh@dukun dan jin2 yg tidak beramal dengan petunjuk Allah SWT.

Nah ini sebahagian tanda Jin tinggal dalam rumah;
    Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
    Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
    Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
    Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
    Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

Untuk itu sebaiknya kita usir Jin dari rumah caranya adalah kurang lebih sebagai berikut;
Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.

Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Cara-caranya boleh anda dapati di ruangan Proses Pengubatan. ( Cara pengubatan yang lengkap dengan pagar diri dan peringatan )

Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,

( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya. )

atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.

Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.

Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.

Bac a juga Hikmah dan makna sakit dalam Islam

Jika kita merasa bimbang dengan kewujudan makhluk halus jahat yang ada di dalam rumah kita maka kita boleh melakukan beberapa cara untuk mengusirnya keluar rumah. Secara fizikal kita tidak akan pernah boleh menangkap dan mengusir keluar jin jahat yang ada di dalam rumah kerana hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh berbuat demikian atas izin Allah SWT. Hanya cara-cara berikut ini yang mungkin boleh mengeluarkan jin-jin jahat yang berada di rumah kita, iaitu:
1. Berdo'a Meminta Perlindungan dari Allah SWT dari Setan yang Terkutuk2. Rajin Membaca Al-Quran Surah Al-Baqarah di Rumah3. Sering Membaca Basmalah Ketika di Rumah Baik Ada Gangguan atau Tidak4. Cuek dan Tidak Merasa Takut Saat Diganggu Setan Tetapi Hanya Kepada Allah SWT5. Menutup Semua Pintu dengan Menyebut Nama Allah SWT
Dasar Dalil Cara Mengusir Setan, Jin, Hantu, Khodam, Spirit, dan Kawan-Kawan
Hadis Nabi Muhammad SAW HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877:"Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya. "
Hadis Nabi Muhammad SAW HR. Ahmad 5:95 dan Abu Daud 4982 dan dishahihkan al-Albani:"Janganlah kamu ucapkan 'celakalah syaitan", kerana jika kamu mengucapkan demikian, setan akan semakin besar seperti rumah. Lalu syaitan pun dengan sombongnya berkata, 'Itu semua terjadi kerana kekuatanku'. Akan tetapi, ucapkanlah "Bismillah". Jika engkau mengatakan seperti ini, setan akan semakin kecil hingga-hingga dia akan seperti lalat. "



Baca juga Tanda tanda awal kena sihir
Hadis Nabi Muhammad SAW HR. Bukhari 3304, Muslim 2012 dan yang lain:"Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah. Kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah). "


Cara yang paling berkesan dalam hal ini adalah membaca kan surat Al-Baqarah, satu surat penuh. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:لا تجعلوا بيوتكم مقابر, إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة"Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya. "(HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)Sahabat Ibnu Mas'ud berkata:إن الشيطان إذا سمع سورة البقرة تقرأ في بيت, خرج منه"Sesungguhnya setan, apabila mendengar surat Al-Baqarah dibacakan dalam rumah, maka dia akan keluar dari rumah itu." (HR. Ad-Darimi 3422, At-thabrani dalam Mu'jam Al-Kabir 8642).Hanya 3 hari?Terdapat keterangan bahawa setan meninggalkan rumah itu selama 3 hari. Ini berdasarkan hadis dari Sahl bin Sa'ad radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:من قرأ سورة البقرة في بيته ليلا لم يدخل الشيطان بيته ثلاث ليال"Siapa yang membaca surat Al-Baqarah di malam hari maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama tiga hari .." (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya 780).Hanya saja, maklumat tambahan tiga hari dalam riwayat tersebut dinilai lemah oleh al-Albani, sebagaimana keterangan beliau di Silsilah Ad-Dhaifah no. 1349.Hanya Setan yang Mengganggu

Baca juga  Memahami syirik dan berbagai jenisnya



Syaitan yang lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah adalah syaitan yang mengganggu secara zahir. Sebagaimana keterangan yang dinukil Ibnu Hibban, dari Imam Abu Hatim:قال أبو حاتم: قوله صلى الله عليه وسلم: «لم يدخل الشيطان بيته», أراد به مردة الشياطين دون غيرهمSabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam "syaitan tidak akan memasuki rumahnya" maksudnya adalah syaitan yang membangkang (mengganggu) bukan yang lain. (Shahih Ibnu Hibban, 3:59)Siapa yang Membaca?Siapa saja, tidak perlu tuan rumah. Lebih-lebih, jika tuan rumah sendiri tidak boleh membaca Al-Quran. Kerana lafaz dalam hadis: "yang dibacakan surat Al-Baqarah" dengan bentuk kalimat pasif. Ertinya sesiapa yang membaca, selama dilakukan di dalam rumah, telah memenuhi syarat untuk mengusir setan.

Baca juga  Rawatan Islam dari segala sihir ampuh
Artikel Terkait