Pendinding Ampuh Yang Membuatkan Setan Dan Jin Lari Pendinding Ampuh Yang Membuatkan Setan Dan Jin Lari - Rawatan Dalam Islam

Pendinding Ampuh Yang Membuatkan Setan Dan Jin Lari

Pagar atau pendinding gaib adalah terbaik dari ayat suci Al Quran dan semua itu bisa didapatkan dalam kitab suci Islam, Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini

Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :

    Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
    Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
    Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
    Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak

Keagungan Kalamullah

Al-Qur'an adalah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan pada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril dengan lafaz berbahasa Arab, tertlis dalam mushhaf membacanya adalah suatu ibadah, dinukil secara mutawatir, dimulai dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Nas. Allah berfirman "Dan al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh ar-Ruhul al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan , dengan bahasa Arab yang jelas. "(QS. as-Syu'ara ': 192-195).


Kita boleh mendapat gambaran dari keagungan Al-Quran melalui firman Allah, "Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini pada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. "(QS. Al-Hasyr: 21)


Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: "Al-Quran adalah kesembuhan yang sempurna dari segala macam penyakit hati dan badan, penyakit dunia dan akhirat. Tapi tidak semua orang ahli dan diberi kemampuan untuk mendapat kesembuhan dengan Al-Quran. Bila ada orang yang sakit mau berubat dengannya, lalu dia menjadikan Al-Quran untuk kesembuhan penyakitnya dengan kejujuran hati dan keimanan penuh, serta keyakinan yang mantap dengan memenuhi syarat-syaratnya, maka ia ialah ubat yang tiada bandingannya. 


30 Orang pertama terbaik masuk surga 



Bagaimana mungkin penyakit tidak akan luluh dengan Al-Quran yang ialah kalamullah Tuhan langit dan bumi? Seandainya diturunkan kepada sebuah gunung, nescaya akan luluh lantak. Dan kalau diturunkan ke bumi, nescaya akan terbelah. Tidaklah ada penyakit entah itu penyakit hati atau badan kecuali dalam Al-Quran ada jalan untuk meraih ubatnya atau proteksinya bagi orang yang diberi Allah kefahaman terhadap kitab-Nya. Allah telah berfirman, "Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan padamu al-Kitab (Al-Quran) sedang dia dibacakan pada mereka? Sesungguhnya dalam (Al-Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. "(QS. Al-Ankabut: 51). Barangsiapa yang tidak boleh diubati dengan Al-Quran, maka Allah tidak akan memberinya kesembuhan. Dan barangsiapa yang tidak merasa cukup dengan Al-Quran, maka Allah tidak akan mencukupinya. "(Kitab at-Thibbun Nabawi: 352)

Alangkah sangat membantu kalau dalam rumah tu ada seorang yang belajar selok belok pendinding gaib. Boleh juga di ikhtiarkan. Betul tak?

Sebab apa yang perlu difahami, pendinding buatan  juga manusia biasa. Ada masa mereka juga sibuk dengan urusan peribadi atau keluarga, bahkan ada kalanya  sendiri berhajat untuk merehatkan badan apatah lagi kalau seperti saya yang sepenuh masa saya ditumpukan untuk merawat pesakit gangguan jin.

Nasihat saya, anda belajarlah ilmu pendinding dari guru atau ahlinya ni, jika ada peluang depan mata. Tidak rugi belajar, bahkan saya yakin anda akan terasa betapa bertuahnya anda belajar ilmu ini.

Tanda tanda sedang disihir seseorang 
Artikel Terkait