Menolak Gangguan Jin ,Syaitan,Sihir Dan Rasa Was Was Menolak Gangguan Jin ,Syaitan,Sihir Dan Rasa Was Was - Rawatan Dalam Islam

Menolak Gangguan Jin ,Syaitan,Sihir Dan Rasa Was Was

Dalam kehidupan ini ada banyak gangguan yang berasal dari makhluk halus termasuk jin dan syaitan, dan manusia adalah tujuan utama mereka untuk dijadikan sekutu di neraka. Untuk itu kita wajib waspada dan mebentengi diri dengan pendinding yang kuat dan ampuh yang berasal dari kitab suci Al Quran yang merupakan sumber segala ilmu.

 Surah An-Nas
Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini. Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Baca jug a Rawatan islam dari segala sihir yang ampuh

Surah Al-Falaq
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Baca juga Memahami syirik dan segala jenisnya

Surah Al-Ikhlas
Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran. Kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
Sesiapa hendak pergi musafir, ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.


Baca juga Tanda tanda gangguan jin dalam rumah

Surah Al-Kafirun
Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
Artikel Terkait