Mengenal Ruqyah Dalam Penyembuhan Penyakit Mengenal Ruqyah Dalam Penyembuhan Penyakit - Rawatan Dalam Islam

Mengenal Ruqyah Dalam Penyembuhan Penyakit

Dalam kehidupan islami kita sering mendengar kata Ruqyah yang kerap dikaitkan dengan menyembuhkan penyakit dari pasien.Adapun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah.

sedangkan ruqyah untuk rawatan santau,sihir dan lain sebagainya juga ada, sedangkan rawatan islam itu sendiri adalah satu cabang fardu kifayah dan ia juga adalah satu kaedah bersepadu bagi merawat segala bentuk penyakit klinikal mahupun mistik.Rawatan islam itu sendiri mengandungi rawatan ruqyah syar'iyah,al-hijamah,pengambilan herba sunnah seperti madu/habatus sawda/minyak zaitun dara dan juga pembangunan rohani untuk penstabilan emosi dan pelurusan tauhid.

Sebagai tanda tanda orang yang butuh di ruqyah adalah seperti ini;
1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Sukar tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi di tempat tinggi.
12. Bermimpi di tempat yang kotor.
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap menangis.
16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
18. Malas beribadat.
19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
20. Panas baran.

Ruqyah terbahagi kepada dua :-

Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.

Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik" ( HR. Muslim )

baca juga Tanda tanda awal anda disihir
Artikel Terkait